Mencari bumbung untuk industri dan komersial ?

MENGENAI KAMI

BLUESCOPE ZACS®
BUMBUNG TAHAN LASAK UNTUK SEMUA

Pemilik rumah biasanya banyak melaburkan masa dan wang ke atas bahagian luar dan ruang dalaman rumah. Namun, mereka sering melupakan betapa pentingnya untuk melindungi orang yang tersayang melalui solusi bumbung yang berkualiti. Bumbung yang teguh dan berkualiti merupakan antara pelaburan yang amat penting yang mana setiap pemilik rumah harus lakukan.

Di BlueScope, kami percaya bahawa Bumbung Tahan Lasak Untuk Semua. Bumbung bukan sekadar melengkapkan rumah, bahkan ia juga melindungi yang tersayang, serta aset yang penting dan bernilai. Solusi bumbung kami menawarkan ketenangan minda – supaya keluarga dan yang tersayang sentiasa terpelihara. 

Dengan berpegang kepada prinsip "Bumbung Tahan Lasak Untuk Semua", kami komited untuk menawarkan bumbung keluli yang teguh dan dipercayai kepada warga Malaysia, dengan BlueScope ZACS®.  

MENGAPA MEMILIH BLUESCOPE ZACS®

5 Sebab Bumbung Keluli Merupakan Pilihan yang Terbaik

Lebih Kuat dan Tahan Lama
Bumbung keluli diperbuat daripada besi, dan menjadi lebih kukuh apabila disalut dengan komposisi aloi yang sesuai. BlueScope ZACS® disalut dengan komponen aloi yang terkawal, dan telah diuji untuk memastikan ketahanan yang berpanjangan terhadap pengakisan secara semula jadi dan perforasi. Ini dapat mengelakkan sebarang kebocoran yang tidak diingini supaya rumah anda kekal selesa untuk tahun-tahun yang akan datang.

Estetik yang Indah
Rekaannya yang versatil membolehkan bumbung keluli anda dipadankan dengan pelbagai jenis reka bentuk dan gaya seni bina yang berbeza, demi merealisasikan rumah idaman anda sebagaimana yang telah dibayangkan. Selain itu, anda boleh memilih antara beraneka pilihan warna menawan yang tersedia untuk rekaan bumbung yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Pilihan yang Mesra Alam
Bumbung keluli diperbuat daripada besi yang boleh dikitar semula dan lebih mesra alam jika dibandingkan dengan jenis-jenis bumbung yang lain.

Mencegah Pencerobohan & Kecurian
Berbeza daripada jubin bumbung tradisional yang mudah diuraikan, bumbung keluli diperbuat lebih teguh, supaya menyukarkan insiden pecah masuk. Ini memastikan perlindungan yang menyeluruh untuk yang tersayang, serta persekitaran rumah yang lebih selamat.

Tidak Sepanas yang Anda Fikirkan
Seringkali kita terdengar luahan bahawa rumah dengan bumbung keluli adalah panas – namun, ini adalah fakta yang tidak berasas. Bumbung keluli yang ditebat dengan baik dan betul, digandingkan pula dengan teknologi pantulan* BlueScope ZACS®, mampu mengurangkan suhu permukaan bumbung sehingga 3°C*.

LEBIH SEBAB MEMILIH BLUESCOPE ZACS®

 

TEKNOLOGI YANG MELINDUNGI ORANG KESAYANGAN ANDA

Meningkatkan pertahanan terhadap perforasi yang disebabkan oleh pengakisan, BlueScope ZACS® bertahan lebih lama dan tidak akan berkarat dengan begitu mudah!

BlueScope ZACS®

AZ (Salutan lapisan aloi aluminium-zink)

Jenama Lain

Keluli Bergalvani-GI (Salutan lapisan zink)

Ujian semburan garam selama 240 jam yang telah dijalankan oleh SIRIM membuktikan bahawa BlueScope ZACS® menepati tahap piawaian Malaysia, dan tidak terkesan dengan pengakisan dan karat.

BlueScope ZACS®

AZ (Salutan lapisan aloi aluminium-zink)

Jenama Lain

Keluli Bergalvani-GI (Salutan lapisan zink)

WARNA YANG KEKAL TERANG

PRODUK

BLUESCOPE ZACS COOL®

Kekal Nyaman Sepanjang Tahun

Direka dengan teknologi pantulan, untuk memastikan suhu permukaan bumbung anda rendah dengan mengurangkan haba dan mengekalkan dalaman rumah anda sejuk sepanjang tahun!

LIHAT WARNA-WARNA

Cuaca panas tidak lagi menjadi masalah. Teknologi pantulan BlueScope ZACS COOL® mengurangkan suhu permukaan bumbung rumah sehingga 3°C dan menjanjikan persekitaran dalaman yang lebih selesa dan nyaman untuk seisi rumah.

*Bergantung pada tahap penebatan, warna, bentuk bangunan dan fungsi.

Warna-warna yang terang menjadikan bumbung anda - dan rumah anda - menonjolkan jiran anda!

BLUESCOPE ZACS NATURAL®

Rekaan Bertekstur, Berilhamkan Alam Semula Jadi

Menawarkan beraneka warna yang berinspirasikan alam semula jadi dengan tekstur beralun yang tersendiri - produk pertama seumpamanya di Malaysia. Pastikan bumbung anda sentiasa menyerlah tidak kira apa jua cuaca, dan nikmati perlindungan yang menyeluruh daripada BlueScope.

LIHAT WARNA-WARNA

Corak tambahan dipermukaan bumbung BlueScope ZACS NATURAL® di bawah cahaya matahari lebih menarik apabila dilihat dari jauh.

Jadilah 'ikon' kepada jiran anda dengan BlueScope ZACS NATURAL® - bukan sahaja kelihatan baik, ia juga bertahan lebih lama!

JAMINAN BLUESCOPE ZACS®

Disahkan oleh SIRIM untuk jaminan kualiti (MS1196 & MS2383)
Konsistensi kekuatan lapisan keluli (G300/G550)
Kelas salutan minima AZ90 (Aluminium dan Zink)
Dengan Akreditasi Eco-Label SIRIM
Proses pembuatan pengikitirafan ISO9001 dan ISO14001
Setiap kepingan dicetak dengan maklumat pengeluaran dan jenama BlueScope ZACS® untuk memastikan ketulenan produk
Konsistensi dan kestabilan warna
Kualiti diuji dan disahkan di seluruh Malaysia

BUKAN HANYA UNTUK BUMBUNG, BAIK UNTUK APLIKASI LAIN JUGA!

Dibuat dengan teknologi Australia yang canggih, BlueScope ZACS® juga boleh digunakan untuk siling, kanopi, panel dinding dalam, pelapisan dinding luaran and juga pembingkaian rangka!

Latest Products Image

Siling dan Kanopi

Latest Products Image

Panel Dinding Dalaman

Latest Products Image

Pelapisan Dinding Luaran

Latest Products Image

Pembingkaian Rangka

MENCIPTA GAYA INDIVIDU ANDA DENGAN APLIKASI YANG BERBEZA SEDIA ADA.

Latest Products Image
Latest Products Image
Latest Products Image

CARA-CARA MENGENAL PASTI BUMBUNG YANG BERKUALITI

Demi ketenangan minda anda, kami memastikan TEKS PENJENAMAAN BlueScope dicetak pada setiap produk keluli bersalut kami, supaya anda dapat mengenal pasti ketulenan produk BlueScope ZACS® dengan mudah.

TEKS PENJENAMAAN kami menyenaraikan pelbagai maklumat pembuatan yang penting, seperti jenama, nama produk, tarikh pembuatan dan masa.

Pastikan adanya TEKS PENJENAMAAN kami untuk pembelian anda yang seterusnya.

LOKASI KEDAI

Sila Pilih Lokasi Kedai :

NS BlueScope Malaysia Sdn. Bhd.

BlueScope ZACS® adalah tanda dagangan berdaftar untuk NS BlueScope Sdn. Bhd.
BlueScope adalah tanda dagangan berdaftar untuk BlueScope Steel Limited.

  • Talian Perkhidmatan Pelanggan: 1 300 88 6288
  • [email protected]
  • www.bluescope.com.my
  • facebook.com/BlueScopeZacsMY/

  • Pejabat:
    Level 11, Tower 8, UOA Business Park
    No. 1 Jalan Pengaturcare U1/51A,
    Seksyen U1, 40150 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan , Malaysia.

  • Kilang Pembuatan:
    Lot 1551, Jalan Bukit Kapar, 42200 Kapar,
    Selangor Darul Ehsan , Malaysia.

Hubungi Kami

Atas